Sabtu, 12 Mac 2011

Home » , » BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Sebenarnya saya baru sahaja menceburi dunia blog ini.Follower pun ciput aje.Entri pun tak banyak lagi.Tadi gi melawat blog Abang Ben Ashaari ada satu segmen yang dia buat.Ramai member-member yang suruh saya join kalau Abang Ben buat segmen terutama untuk blogger baru macam saya ini.

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN inilah segmen yang saya nak join.Soalannya gempak dan mencabar jugak.Silap beri pendapat boleh kena marah ni.Tapi biar saya cuba jawab dengan sejujurnya.


Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?

Ikhlas atau tak ikhlas memberi pendapat adalah datang dari hati masing-masing sama ada dia lelaki ataupun perempuan.Bagi saya mungkin kaum lelaki itu ikhlas memberi pendapat kerana setiap apa yang ditulis datangnya dari hati dan fikiran.Dan juga sesuatu yang ditulis lebih bermakna atau nampak keikhlasannya daripada sesuatu yang dikata.


Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
Mungkin kaum Adam ini tidak mahu terlampau menonjol atau glamour.Mungkin juga mereka lebih mementingkan penulisan daripada menonjolkan diri.(subjektif) 


Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?

Dari segi dapat ramai follower ini sebenarnya bergantung kepada apa yang ada didalam blog bukan bergantung kepada jantina.Daripada apa yang saya lihat semasa berblogwalking ada juga blog wanita yang ramai followers. 


Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..semestinya borakkosong.com

Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
 
Mungkin saya akan meletakkan tip-tip bagaimana wanita mengenali lelaki seperti apa yang lelaki mahu daripada wanita.Cara wanita untuk menakluk hati lelaki.Dengan cara begini wanita akan dapat lebih mengenali lelaki.

Ini pendapat saya yang baru sahaja menceburi dunia blog ini.Moga dengan menyertai segmen yang mencabar minda ini saya akan mendapat ramai teman daripada lawan.

11 ulasan:

Unknown berkata...

cool answer :) salam persahabatan ari dunia maya ye.

solomolo berkata...

amek...
macam-macam jawapan yg kuar...

salam ziarah dari segmen panas En Ben...

semutsengal berkata...

hohoh..

follower saya lagi ciput . .

singgah dari blog BEN ASHAARI ;)

Qaseh Dalia berkata...

selamat dtg dlm dunia blog dear ..qaseh pun baru lagi ..nice pendapat :) pendapat tidak mengira lama mana dia berblog yup ..hihi

Liza @ Adzriel AB berkata...

insyaallah...ramai kawan tak lama lagi..

Kyra Elric berkata...

=)

zidEL zhafiz berkata...

"juga mereka lebih mementingkan penulisan daripada menonjolkan diri"

waaaa....suke komen yg ni tau..!! =)

Chekgu Azrine berkata...

salam perkenalan dari segmen abang ben

mas saari berkata...

singgah dari segmen BA
salam perkenalan..

masing2 berhak beri pendapat!
jom baca pendapat saya jugak

Prince berkata...

entry yg sgt bagus...
...:)

sy ni newbiee lagi...
jom bce info mnarik tentang petua orang2 tua untuk jga kecntikan tubuh badan...laki n pmpn..:)x

amalina berkata...

Kepada yang meninggalkan komen dan menjadi follwer saya ucapkan terima kasih...moga akan terus memberi komen dan diharap singgah-singgahlah selalu