LONDON - Seorang peguam bela bersara, Anthony Johnson dan ibunya kerugian 53 juta pound (RM261 juta) kerana tidak menerima sebarang bayaran untuk pasu antik China yang dilelong.
Menurutnya, mereka belum menerima sebarang bayaran selepas empat bulan mereka melelong pasu antik berusia 271 tahun itu dari Dinasti Qing yang dijumpai dalam sebuah rumah yang akan dijual.
Menurutnya lagi, terdapat kecurigaan bahawa mereka telah menjadi mangsa terbaru plot kerajaan China untuk mensabotaj lelongan yang melibatkan barang antik yang dicuri dari negara itu.
"Mereka kemudian menghantar pembida untuk membeli semula artifak itu tetapi gagal menyerahkan wang lelongan," katanya.
Terdahulu, kerajaan China pernah menubuhkan Program Pemulihan Khazanah Kebudayaan yang Hilang pada 2002, untuk merebut kembali artifak-artifak yang diambil oleh warga asing selama berabad-abad lamanya.
Bagaimanapun, terdapat kes lain, di mana program lelongan disabotaj oleh agen yang mempunyai hubungan dengan kerajaan China yang memenangi tawaran, kemudian gagal untuk membayar wang, dipercayai mereka sepatutnya tidak harus membayar barang hak milik mereka.

ADB-Saya petik berita ini dari Sinar Harian untuk dijadikan satu pengajaran agar berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara terutama melibatkan wang ringgit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan